Wednesday, 17 July 2013

Kisah Pensel & Pemadam

PENSEL : Saya mintak maaf !

PEMADAM : Untuk apa ?? Awak tak buat salah pun dengan saya .

PENSEL : Saya mintak maaf disebabkan saya , awak tercedera . Setiap kali saya buat silap , awak pasti berada disitu untuk membetulkan kesilapan saya . Tapi setiap kali awak memadamkan kesilapan saya , awak hilang sebahagian dari diri awak , awak menjadi semakin kecil .




PEMADAM : Jangan bimbang , saya langsung tidak kisah tentangnya kerana saya dibuat untuk membetulkan kesilapan yang awak dah buat . Walaupun suatu hari nanti saya tahu bahawa saya pasti akan hilang , saya bangga dengan kerja saya ini .

Moral Value : Jika kamu tidak mampu menjadi sebatang pensel untuk menulis kebahagiaan kepada seseorang , cubalah sekurang-kurangnya menjadi pemadam lembut yang mampu menghilangkan kesedihan seseorang .

Saturday, 18 May 2013

Adakalanya kita perlu menangis ..



Kadang-kadang kita perlu menangis agar kita tahu hidup ini bukan sekadar untuk ketawa .

Kadang-kadang kita perlu ketawa agar kita tahu mahalnya nilai air mata .

Berterima kasih kepada orang yang menyakitimu kerana dialah mengajarmu erti tabah .

Berterima kasih kepada orang yang tidak mengendahkanmu kerana dia lah insan yang memupukmu berdikari .

Berterima kasih kepada orang yang menjatuhkanmu kerana dialah orang yang memperhebatkanmu

Berterima kasih kepada orang yang menyiksamu kerana dia lah juga yang menguji kesabaran dan ketabahanmu .. 

Kadang-kadang Kita .........



Kadang-kadang kita lupa nak tanya khabar si dia .

Kadang-kadang kita selalu ingad dia tak ingat kita .

Kadang-kadang kita selalu lupa segala kenangan bersama .

Kadang-kadang kita hanya ingin tahu daripada mengambil tahu .

Kadang-kadang kita hanya pandai berkata-kata daripada melakukannya .

Kadang-kadang kita tak sedar ada orang yang menyayangi kita .

Kadang-kadang kita tak sedar kita menyakitkan hati kawan kita .

Kadang-kadang kita tak sedar kita membuatkan seseorang kecewa .

Kadang-kadang kita tak sedar apa kita katakan kita lakukan .

Kadang-kadang kita tak tahu ada orang mengambil berat tentang kita .

Kadang-kadang kita tak tahu dia tak suka kita .

Kadang-kadang kita tak tahu pula yang serius itu memang benar serius .

Kadang-kadang kita lupa kawan ketika kita gembira .

Kadang-kadang kita lebih suka memerhati daraipada menegur .

Kadang-kadang kita sentiasa kelihatan happy padahal hanya tuhan yang tahu .

Kadang-kadang kita selalu ingad kita je yang betul .

Kadang-kadang kita sukar menerima pendapat orang lain .

Kadang-kadang kita terlalu singat tanpa memikirkan apa kesudahannya .

Wednesday, 1 May 2013

Alhamdulilah ..Aku Masih Bernafas Di Bumi Allah



2 Mei 2013 .
18 Tahun Aku Dipinjamkan Didunia Yang Fana Ini ,
18 Tahun Aku Masih Bernafas Dibumi Allah ,
18 Tahun Aku Meniti Kehidupan Dan Menikmati Segala Kurniaan Yang Allah Berikan ,
18 Tahun Aku Menempuhi Onak Duri Sebuah Kehidupan ,
Diberi Peluang Untuk Rasa Diri Disayangi Dan Dicintai .

Ya Allah .
Aku Bersyukur Padamu ,
Kerana Kau Aku Masih Lagi Bernafas Dibumi Mu ,
Kerana Kau Aku Masih Mampu Menikmati Ciptaan Mu ,
Kerana Kau Juga , Aku Masih Disini .



Sunday, 28 April 2013

Kita Main 1 Game Nak Tak ??

Ada Sepasang Kekasih Yang Sedang Hangat Bercinta ..

Gf : Kita Main 1 Game Nak Tak ??

Bf : Game Apa ?

Gf : Macam Ni , Esok Awak Tak Payah Contact Saya , Maksudnya , Tak Payah Text Call Or Apa2 Yang Berkaitan Lah . Saya Pun Buat Macam Tu Dekat Awak Okeh ?? Kita Tengok Sapa Yang Menang .

Bf : Okey !!

Esoknya , Si Bf Terpaksa Lah Tahan Rindu Dekat Gf . Mengenangkan Yang Ni Satu Permintaan , Si Bf Cuba Kuatkan Hati .

Keesokkan Harinya , Si Bf Call Gf . Tapi Tak Dijawab . So, Si Bf Pon Mengambil Keputusan Untuk Pergi Ke Rumah Gf . Tetapi Di Luar Rumah Ramai Orang . Dia Mula Rasa Pelik Then Terus Masuk ke Dalam Rumah , Alangkah Terkejutnya Dia Melihat Sekujur Tubuh Terbaring Kaku Di Tengah Rumah . Dan Tubuh Itu Adalah Jasad Si Gf Yang Telah Meninggal . Ibu Si Gf Bagi Surat Dekat Gf ..







Surat Yang Bertulis :

" Sayang , Semalam Awak Dapat Hidup Sehari Tanpa Saya . Saya Pasti Esok Dan Seterusnya Pasti Awak Dapat Hidup Bahagia Tanpa Saya . I LOVE YOU ..

Monday, 15 April 2013

Aku Bukan Wanita Itu !!



Aku Seorang Perempuan . Seorang Perempuan Yang Hidup Dalam Arus Dunia Moden . Penuh Tipu Daya Andai Tersilap Langkah .

Aku Seorang Wanita Yang Sangat Benci Akan Penyakit Cintakan Dunia . Aku Perempuan Yang Mahu Cinta Allah Meresapi Seluruh Jiwa .

Aku Seorang Wanita Yang Tetap Teguh Pendirian .

Aku Perempuan Yang Bukan Mudah Untuk Patah Semangat .




Tatkala Perempuan Lain Megah Memaparkan Gambar Seksi Di Facebook . Aku Mengatakan . Itu Bukan Aku .!!

Tatkala Perempuan Lain Sibuk Memikirkan Cinta Manusia . Aku Mengatakan . Itu Bukan Aku !!

Tatkala Perempuan Lain Sibuk Menunggu Dan Membalas SMS Cinta . Aku Mengatakan . Aku Bukan Begitu !!

Tatkala Perempuan Lain Ada Yang Materialistik Terhadap Wang . Aku Mengatakan . Aku Bukan Begitu !!




Aku Tak Mahu Neraka . Aku Mengatakan . Itu Bukan Aku . Kerana Aku Perempuan Yang Inginkan Syurga !!

Friday, 5 April 2013

Cinta Jauh Di Mata

Nyata Aku Ada Dia ,
Puas Aku Cari Disana ,
Masih Belum Terjumpa ,

Nyata Aku Ada Dia ,
Lama Aku Cari Disini ,
Mungkin Akan Terjumpa ,




Cinta Jauh Dimata ,
Bila Detik Bertemu Erti Sebuah Harapan ,

Cinta Jauh Dimata ,
Hingga Takdir Menentu Pasti Akan Bertemu ,

Nyata Aku Ada Dia ,
Bertenang Mengundang Cinta ,
Bukti Aku Ada Dia ,

Disana Disini Ada ,
Peneman , Akhrab , Lena , Jaga , Alpa , Leka .





Cinta Jauh Dimata ,
Kasih Sedikit Tidak Berkurang ,
Dan Menghilang .

Cinta Jauh Dimata ,
Sayang Makin Bertambah Mekar ,
Hingga Akhirnya .

Kasih Sedikit Tidak Kurang ,
Dan Menghilang ,

Cinta Jauh Dimata ,
Sayang Makin Bertambah Mekar ,
Hingga Akhirnya ..


Tersenyum Lah Wahai Hati Yang Bersedih :')



Kita Tidak Sesekali Dapat Menyangka ,
Apa Yang Allah Aturkan Buat Kita ,
Adakah Kita Tersangat Gembira ,
Adakah Kita Tersangat Tidak Suka ,
Aturan-Nya Bukan Pilihan Kita ,

Namun ,
Jangan Risau Manusia ,
Allah Itu Tuhan Kita ,
Tuhan Yang Maha Luas Kasih Sayang-Nya ,

Percaya Lah ..
Dia Takkan  Menduga Hambanya ,
Kecuali Untuk Melihat Hambanya,
Tersenyum Disana ,
Berbahagia Disana ,
Disyurga Yang Mengalir Dibawahnya Sungai-Sungai
Yang Mendamaikan Jiwa ,
Oh !! Indahnya ...



Tersenyumlah Wahai Hati Yang Bersedih ,
Saat Kita Menempuh Onak Duri ,
Derita Sekali Sekala Mencuit Hati ,
Hati Remuk Menangis Tak Henti ,
Kesedihan Terus Menerus Bersemadi Didasar Hati ,
Ketika Itu Sabar Pun Sudah Tidak Dikenal Lagi ,
Dalam Terharu ,
Air Mata Tertumpah Juga ..




Wahai Hamba Ilahi ,
Begitulah Kehidupan Didunia ,
Kita Tidak Akan Sesekali Dapat Menyangka ,
Apa Yang Allah Aturkan Untuk Kita ...

Thursday, 4 April 2013

Mungkin Awak Jodoh Saya


Biar Tak Pernah Bertemu Mata ,

Tak Pernah Bersua Bersama ,

Tidak Mengungkap Janji Azimat Yang Nista ,

Tidak Juga Bermadah Cinta .. Kerana Itu Bukanlah

Utama Dalam Membina Mahligai Bahagia ,

Cukuplah Kata-kata Yang Membawa Kita 

Mengigati Allah , Cukuplah Nasihat Serta Teguran ,

Yang Membuatkan Kita Lebih Mendekati Yang Maha Esa ,

Cukuplah Diriku Tahu Dirimu Punya Iman Dan Agama .. 

Wednesday, 3 April 2013

Lorong Cinta Jalan Sayang Kampung Rindu ..

Abang A : Maaf , Tumpang Tanya . Lorong Cinta , Jalan Sayang , Kampung Rindu , Daerah kasih Sayang , Pekan Hati , Bandar I Miss You Kat Mana Yer ??



Kakak B : Encik Jalan Terus Ikut Jalan Ilahi , Nampak Simpang 3 Masuk Belah Kanan , Ikut Jalan Nikah , Sepanjang Perjalanan Tu Nampak Belah Kanan Kedai Batas2 Pergaulan , Dan Sebelah Kiri Pasar Sibuk Sikit , Iaitu Pasar Persiapkan Diri .. Haa !! Itu Tandanya Encik Berada Di Jalan Yang Betul ..


Semoga Cepat Sampai .. Cinta Allah Cinta Abadi .. :))



Kisah Pensel & Pemadan

Pensel : Saya Mintak Maaf ....

Pemadam : Untuk Apa? Awak Tak Buat Salah Pon Dengan Saya ..

Pensel : Saya Mintak Maaf , Sebab Saya Awak Cedera . Setiap Kali Sya Buat Silap , Awak Pasti Berada Disitu Untuk Membetulkan Kesilapan Saya . Tapi , Setiap Kali Awak Memadamkan Kesilapan Saya , Awak Kehilangan Sebahagian Dari Diri Awak , Awak Menjadi Semakin Kecil .

Pemadam : Jangan Bimbang , Saya Langsung Tak Kisah Tentangnya , Kerana Saya Dibuat Untuk Membetulkan Kesilapan Yang Awak Dah Buat ..Walaupun Suatu Hari Nanti Saya Tahu Bahawa SayaPasti Akan Hilang , Saya Bangga Dengan Kerja Saya Ini .. Jadi Jangan Lah Risau Sebab Saya Benci Tengokk Awak Bersedih ..


p/s : Jika Kamu Tak Mampu Menjadi Sebatang Pensel Untuk Menulis Kebahagiaan Kepada Seseorang ,, Cubalah Sekurang Kurangnya Menjadi Pemadam Lembut Yang Mampu Menghilangkan Kesedihan Seseorang ..,, 

Izinkan Aku Melafazkan Kata

HARGA MAS KAHWIN >

Lelaki : Awak Saya Nak Bagi Rm6000 Untuk Belanja  Mas Kahwin Awak .

Perempuan : Rm6000 ?? Semurah Itukah Saya ??

Lelaki : Errrmmm ... Ok !! Rm10 ribu Boleh ??

Perempuan : Kalau Rm10 ribu , Rantai Leher Saya Pun Lebih Rm10 ribu ..Kiranya Saya Ini Hanya Seperti Rantai Leher Yang Awak Akan Leburkan Bentuknya Dan Buat Lain Apabila Puas Dengan Bentuk Yang Sama ??

Lelaki : Ok !! Rm20 ribu .. Cukup ??

Perempuan : Kereta Viva Pun Berharga Lebih Rm40 ribu ..... Maknanya Saya Lebih Murah Dari Kereta Viva Disisi Awak ..

Lelaki : Ok !! Rm 50 ribu ..

Perempuan : Adakah Itu Harga Saya ?? Bangunan KLCC Itu Pun Berharga Jutaan Ringgit ..

Lelaki : Ok .. Baiklahh .. Awak Letaklah Sendiri Berapa Harga Awak .. Saya Akan Bayar .,,!!

Perempuan : Diri Saya Terlalu Mahal .... Sehingga Awak Tak Akan Dapat Nak Beli ... Cukuplah Awak Bagi Rm100 ringgit Saja ... Bukan Kerana Harga Saya ..Tapi Kerana Perintah Agama Yang Mewajibkan Mas Kahwin ..

Lelaki : .................................... :')

Tuesday, 22 January 2013

Lara Lagi

Hanya Sampai Disini Saja ,
Kisah Cinta Kita Berdua ,
Tiada Daya Selamanya ,
Terhenti Disini ...

Biar Ku Pujuk Hati Ini ,
Merawat Rindu Ku Sendiri ,
Setelah Aku Kau Lukai ,
Sedangkan Kau Tahu ,

Kasih Aku Hanya Lah Untukmu ,
Tiada Lain Dalam Diriku ,
Takkan Berubah Walau Dipisah Laut Biru ..

Cintaku Hanya Lah Untukmu ,
Tak Pernah Goyang Tak Pernah Jemu ,
Takkan Terpadam Dalam Hatiku Yang Milikmu ,

PERCAYALAH...

Mungkin Sudah Suratan Kita ,
Terpisah Sebegini Saja ,
Pasti Di Satu Hari Nanti ,
Ku Jejak Bahagia..

Friday, 18 January 2013

Perkara Yang Perempuan Tak Sempat Bagytaw Lelaki

= > Bila wanita mengatakan yang dia sedang bersedih , tetapi dia tidak menitiskan airmata . itu bermakna dia sedang menangis didalam hatinya .

= > Bila dia tak hiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya , lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf .

= > Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang ( sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan )

= > Sekiranya seorang wanita jatuh hati denagn seorang lelaki , lelaki itu sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain .

= > Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya , dia akan cair seperti coklat !!

= > Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak taw macam mana nak menerima pujian

= > Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati , tolak cintanya dengan lembut , jangan berkasar kerana ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan dan akan lakukan apa saja .

= > Sekiranya seorang gadis yang menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya , biarkan dia untuk seketika . sekiranya kamu masih ingin memgaggap dia seorang kawan , cubalah tegur dia pelahan2 ...

= > Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa , muzik , puisi , lukisan , dan tulisan adalah cara yang termudah mereka meluahkan isi hati mereka .

= > Jangan sesekali beritahu wanita yang mereka ni langsung tak berguna ..

= > Sikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita .

= > ------------TAMAT ------------------------



Thursday, 17 January 2013

Surat Cinta Untuk Calon Suamiku

KEDAPA : CALON SUAMIKU . . . .

Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarokatuh .... Dear Calon Suamiku ....

Apa khabar imanmu hari ini ?? Sudahkah harimu ini diawali dengan syukur kerana dapat menatap kembali fananya hidup ini . Sudahkah air wudhu menyegarkan kembali ingatanmu atas amanah yang saat ini tengah kau gengam ??

Wahai Calon Suamiku ...

Tahukah engkau bahawa ALLAH sangat mencintaiku dengan dasyatnya ??

Disini aku ditempa untuk menjadi dewasa agar aku lebih bijak menyikapi sebuah kehidupan dan siap mendampingimu kelak . Meskipun kadang keluh dan putus asa menyergapi  , namun kini ku rasa diri ini lebih baik .

Kadang2 aku bertanya2 . , Kenapa ALLAH selalu menguji ku tepat dihatiku .  Bahagian terapuh diriku . Namun kini aku tahu jawapannya .

Allah tahu dimana tempat yang paling tepat agar aku sentiasa kembali mengigat nya . Ujian demi ujian insyaallah membuat aku lebih teguh . Sehingga saat kelak kita bertemu . Kau bangga telah memiliki aku dihatimu .

Calon suamiku ...

Entah dimana dirimu sekarang . Tapi aku yakin Allah mencintaimu sepertimana dia mencintaiku . Aku yajin dia kini tengah melatihmu menjadi mujahid yang teguh . Kini aku pun bangga memilikimu kelak .

Apa yang aku harapkan darimu adalah kesahihan .  semoga sama halnya dengan dirimu . Kerana apabila kecantikan yang kau harapkan dariku , hanya kesia-siaan yang akan kau dapati .

Aku masih haus akan ilmu . Namun berbekal ilmu yang ada saat ini , aku berharap dapat menjadi isteri yang mendapat keredhaan Allah dan dirimu suamiku .

Namun nanti , setelah menjadi isterimu , aku berharap menjadi pendamping yang solehah agar kelak di syurga cukup aku yang menjadi bidadarimu , mendampingi dirimu yang soleh .

Aku yakin kaulah yang aku perlukan meski nanti kau bukan orang yang ku harapkan

Ketika kelak telah lahir generasi penerus dakwah islam dari pernikahan kita , bantu aku bersama mendidiknya dengan harta yang halal , dengan ilmu yang bermanfaat , terutama dengan memanamkan pada diri mereka ketaatan pada ALLAH TAALA..

Bunga akan indah pada waktunya .Iaitu ketika bermekaran menghiasi taman  . Maka kini tengah ku persiapkan diri ini sebaik-baiknya , bersiap menyambut kehadiranmu dalam kehidupanku .

Kini aku sedang belajar menjadi yang terbaik . meski bukan umat yang terbaik , tapi setidaknya menjadi yang terbaik disisimu kelak ..

BERSABARLAH CALON SUAMIKU ..Doaku selalu agar allah memudahkan jalanmu untuk menjemputku sebagai bidadarimu.Semoga allah selalu menjagamu agar tidak tersentuh yang bukan mahrammu , meski hanya seujung kuku , . agar kau bisa mempersembahkan dirimu sebaiknya untukku .

---------------->   SALAM CINTAKU UNTUKMU .....