Saturday, 18 May 2013

Adakalanya kita perlu menangis ..



Kadang-kadang kita perlu menangis agar kita tahu hidup ini bukan sekadar untuk ketawa .

Kadang-kadang kita perlu ketawa agar kita tahu mahalnya nilai air mata .

Berterima kasih kepada orang yang menyakitimu kerana dialah mengajarmu erti tabah .

Berterima kasih kepada orang yang tidak mengendahkanmu kerana dia lah insan yang memupukmu berdikari .

Berterima kasih kepada orang yang menjatuhkanmu kerana dialah orang yang memperhebatkanmu

Berterima kasih kepada orang yang menyiksamu kerana dia lah juga yang menguji kesabaran dan ketabahanmu .. 

Kadang-kadang Kita .........



Kadang-kadang kita lupa nak tanya khabar si dia .

Kadang-kadang kita selalu ingad dia tak ingat kita .

Kadang-kadang kita selalu lupa segala kenangan bersama .

Kadang-kadang kita hanya ingin tahu daripada mengambil tahu .

Kadang-kadang kita hanya pandai berkata-kata daripada melakukannya .

Kadang-kadang kita tak sedar ada orang yang menyayangi kita .

Kadang-kadang kita tak sedar kita menyakitkan hati kawan kita .

Kadang-kadang kita tak sedar kita membuatkan seseorang kecewa .

Kadang-kadang kita tak sedar apa kita katakan kita lakukan .

Kadang-kadang kita tak tahu ada orang mengambil berat tentang kita .

Kadang-kadang kita tak tahu dia tak suka kita .

Kadang-kadang kita tak tahu pula yang serius itu memang benar serius .

Kadang-kadang kita lupa kawan ketika kita gembira .

Kadang-kadang kita lebih suka memerhati daraipada menegur .

Kadang-kadang kita sentiasa kelihatan happy padahal hanya tuhan yang tahu .

Kadang-kadang kita selalu ingad kita je yang betul .

Kadang-kadang kita sukar menerima pendapat orang lain .

Kadang-kadang kita terlalu singat tanpa memikirkan apa kesudahannya .

Wednesday, 1 May 2013

Alhamdulilah ..Aku Masih Bernafas Di Bumi Allah



2 Mei 2013 .
18 Tahun Aku Dipinjamkan Didunia Yang Fana Ini ,
18 Tahun Aku Masih Bernafas Dibumi Allah ,
18 Tahun Aku Meniti Kehidupan Dan Menikmati Segala Kurniaan Yang Allah Berikan ,
18 Tahun Aku Menempuhi Onak Duri Sebuah Kehidupan ,
Diberi Peluang Untuk Rasa Diri Disayangi Dan Dicintai .

Ya Allah .
Aku Bersyukur Padamu ,
Kerana Kau Aku Masih Lagi Bernafas Dibumi Mu ,
Kerana Kau Aku Masih Mampu Menikmati Ciptaan Mu ,
Kerana Kau Juga , Aku Masih Disini .